..... Getting the momentum .....

Sunday, December 21, 2008

bedak sejuk.

ni yg aku hangin satu badan nih. dah 3 kali dah ni kena mcam nih. haih.

cerita dia bermula cmni :
"ahmad,(nick name bapak aku pggil) sat lagi tolong kunci pagar"
balas aku sambil korek hidung, "ok boss".

tepat jam 11.03 malam,aku pun as always berjalan dengan penuh malas ke arah pintu pagar kayu aku tuh dan bersedia untuk mengunci. kawasan taman rumah aku merupakan kawasan yg menjadi laluan utama orang ramai untuk bergerak ke sana-sini. mungkin untuk melihat rumah aku yg tersergam indah rupanya. dari kancil sampailah ferrari penah melintas di hadapan rumah. so,tanpa melengahkan masa, sambil kentut, aku pun tarik la pintu kayu tuh untuk ditutup dan dikunci.

dengan keadaan yg celaka, ada segerombolan mat-rempit RXZ yg berwajah macam warcraft setiap satunya telah melintas di hadapan rumah aku then secara tiba2 makhluk2 warcraft tersebut tgok aku dan membuat muka penuh dramatik lalu memecut motor dengan kadar yg maksima sambil terkinja2 and jerit, "HANTUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!". dan yg paling aku naik hangin dan rasa macam manusia hina ja ialah apabila mat bangla yg sedang follow mat-rempit di blakang sambil mengayuh basikal juga melakukan aksi yg sama dan turut memecut sepantas lamborghini dan menggunakan tenaga beliau sepenuhnya tanpa berkata apa-apa. huh~

ya2,aku tau aku pakai BEDAK SEJUK. aku kan lelaki maskulin. pala hotak sungguh sampai sanggup tuduh aku ni hantu. dah 3 kali aku kena. sumpah seranah telah aku lontarkan kepada mereka. xtermasuk maki hamun yg aku lontarkan kepada kaum kerabat mat bangla tersebut. manusia2 tersebut tidak tahu dan sedar bahawa di sebalik bedak sejuk tersebut, terselindung wajah ala keanu reeves dan orlando bloom. wajah yg menjadi kegilaan wanita yg bernafsu buas.

thanks bedak sejuk. aku pakai kau supaya wajah aku lebih berseri dan suci tetapi disalah tafsir hinggalah disamakan dengan spesies hantu.

p/s: berhati2 jika memakai bedak sejuk.

2 comments:

Vee Zainol said...

hahaahahahha
gle klaka pkcik
sian org2 2 free2 je ingt jumpe hntu
muahahaha

ey2
amik la sekeping pic n post it here
nk gak tgk muke hntu u 2
haha

Lutfee~ said...

terima kasih2..
agaknya,saya boleh jadi raja lawak x??
damn,dun remind me dgan mat2 rempit tuh.. geram~


gambar?? err.. xyahla kowt..
takut2 jap lg anda tertarik dgan wajah sy yg mengancam dan mempersona tuh..
hahaha.. ;)